Honda Civic, lapan motosikal terbakar di parkir kuaters balai

Sebuah kereta jenis Honda Civic antara yang musnah terbakar dalam kejadian di parkir Kuarters Balai Polis Subang Jalan USJ8/2 di sini pada petang Ahad.
Sebuah kereta jenis Honda Civic antara yang musnah terbakar dalam kejadian di parkir Kuarters Balai Polis Subang Jalan USJ8/2 di sini pada petang Ahad.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebuah kereta jenis Honda Civic dan lapan motosikal terbakar dalam kejadian di parkir Kuarters Balai Polis Subang Jalan USJ8/2 di sini pada petang Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.18 petang.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Puchong ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 2.35 petang.

"Kebakaran melibatkan lot parkir kuarters polis, terdapat sebuah kereta jenis Honda Civic terbakar 100 peratus serta tujuh buah motosikal terdiri daripada pelbagai jenis turut terbakar 100 peratus manakala sebuah motosikal lagi cuma mengalami kebakaran 40 peratus," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 2.46 petang.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa atau kemalangan jiwa. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: