Hajiji terima 12,744 borang sertai Bersatu Sabah

Jaffari menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji dalam satu majlis ringkas di SICC, Kota Kinabalu.
Jaffari menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji dalam satu majlis ringkas di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 12,744 borang permohonan menyertai parti termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari Waliam, diserahkan kepada Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada malam Sabtu.

Borang keahlian itu diserahkan oleh Jaffari yang juga Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kawasan Libaran dan ketua kumpulan masing-masing pada majlis ringkas selepas Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Mereka yang menyertai Bersatu terdiri daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyertai PKN sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Sabah

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan Jaffari dan ahli-ahli PKN di Sabah dalam Bersatu.

"Dengan penyertaan mereka, sudah tentu Bersatu Sabah akan bertambah kuat dan sekali gus diterima serta semakin mendapat tempat di hati rakyat.

"Bersatu kini berkembang mekar di Sabah. Teras perjuangan kita adalah untuk rakyat dan memenuhi aspirasi mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Jaffari yang juga bekas Ketua Bahagian PKR Libaran berkata, beliau bersama 13 Pengerusi dan ahli-ahli PKN Sabah termasuk Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tenom, Keningau, Labuan dan Sipitang sepakat menyertai Bersatu.

Artikel Berkaitan: