Kes Covid-19 kembali melonjak, 3,418 kes hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 meningkat ke angka 3,418 kes dengan jumlah jangkitan dilaporkan sebanyak 415,012 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,200 kes, diikuti Sarawak (587) dan Kelantan (400).

“Kemudian diikuti dengan Johor (238), Kuala Lumpur (198), Terengganu (184) Pulau Pinang (145), Sabah (115) dan Kedah (101).

“Perak pula mencatatkan 77 kes, Negeri Sembilan (73), Melaka (61), Pahang (45), Putrajaya (lapan), Labuan (tujuh) dan Perlis (empat),” katanya menerusi siaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh baharu merekodkan 2,698 kes menjadikan kes kumulatifnya 383,140 kes manakala jumlah kes aktif adalah 30,339 kes.

Tambahnya, sebanyak 3,408 kes yang melibatkan kes tempatan iaitu 3,134 warganegara dan 274 bukan warganegara manakala 10 kes lagi melibatkan kes import.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Ahad berkata, terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia melibatkan lima kluster komuniti, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta dua kluster tempat kerja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, 12 kes kematian warganegara direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 1,544 kes.

“Terdapat 12 kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga kes di Kelantan, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak serta masing-masing satu kes di Perak, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” ujarnya.