Adik Ammar hidap dua kanser meninggal dunia

Ibu Ammar sering berkongsi perkembangan semasa anaknya di Instagram miliknya.
Ibu Ammar sering berkongsi perkembangan semasa anaknya di Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ammar Zulhairy atau lebih dikenali sebagai adik Ammar yang menghidap dua kanser pada Mac lalu disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang Sabtu.

Ammar yang baharu berusia empat bulan menderita dua kanser iaitu tumor Maglinant Rabdhoid dan tumor otak setelah menjalani pemeriksaan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan).

Menurut satu perkongsian Instagram milik ibunya pada Sabtu, Ammar dikhabarkan telah meninggal dunia di sisi ibu bapanya dalam keadaan yang sangat tenang.

Berita pemergian adik Ammar dikongsi ibunya di media sosial.
Berita pemergian adik Ammar dikongsi ibunya di media sosial.

“Assalamualaikum semua, anak kesayangan kami (our beloved) Ammar Zulhairy sudah pulang ke negeri abadi tepat jam 5.05 petang di samping mummy dan abi dengan sangat-sangat tenang.

“Redha okay semua? Ammar sayang awak (love you) 3,000,” luahnya.

Pada 31 Mac lalu, doktor yang merawat Ammar memaklumkan bahawa tiada rawatan yang boleh dijalankan ke atasnya dan dia dijangka mempunyai enam bulan sahaja untuk hidup.

Doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumahnya dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Artikel Berkaitan: