UTM sedia 10 bas untuk pelajar balik beraya

UTM menyediakan enam bas bagi pergerakan pulang pelajar ke Zon Timur, Utara serta Tengah dan empat buah lagi untuk Zon Selatan.
UTM menyediakan enam bas bagi pergerakan pulang pelajar ke Zon Timur, Utara serta Tengah dan empat buah lagi untuk Zon Selatan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 800 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing setakat ini susulan keputusan kerajaan membenarkan pelajar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin berkata, angka itu diperoleh berdasarkan pengisian borang khas disediakan meliputi kira-kira 25 peratus daripada 3,200 pelajar yang berada dalam kampus.

Ekoran itu, menurut beliau, pihak universiti melalui Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bersama UTM Fleet sedang menguruskan maklumat dan data pelajar yang memerlukan kemudahan pengangkutan.

“Setakat ini, universiti akan memperuntukkan enam bas bagi pergerakan pulang pelajar ke Zon Timur, Utara serta Tengah dan empat buah lagi untuk Zon Selatan. Bas akan mula bergerak pada 6 Mei dengan pergerakan penghantaran terakhir ialah pada 11 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Khamis lepas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara dibenarkan pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri kecuali bagi Sarawak dan beberapa mekanisme telah ditetapkan termasuk melaksanakannya secara berfasa bagi mengawal pergerakan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Pelajar IPT dibenar pulang sempena Hari Raya Aidilfitri

Artikel Berkaitan: