Mount antara pemain terbaik Eropah

Mount (kanan) memiliki pakej lengkap sebagai pemain terbaik di Eropah.
Mount (kanan) memiliki pakej lengkap sebagai pemain terbaik di Eropah.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel percaya tonggak The Blues yang juga pemain kebangsaan England, Mason Mount memiliki pakej lengkap sebagai antara pemain bola sepak terbaik di Eropah ketika ini.

Menurut Tuchel, walaupun baru berusia 22 tahun, Mount telah berjaya mempamerkan aksi mantap setiap kali diturunkan dan terbaru, pemain itu terlibat membantu penyerang, Kai Havertz menjaringkan dua gol ketika berdepan Fulham pada awal pagi Ahad.

“Dia (Mount) dilihat memiliki pakej lengkap sebagai seorang pemain bola sepak yang baik termasuk dari segi mental, fizikal, bakat, keyakinan selain dia juga seorang yang baik daripada segi karektornya. Dia juga seorang yang tidak sombong dan merendah diri.

“Bagaimanapun, dia langsung tidak terkesan dengan semua perkara berkenaan kerana tumpuannya hanya kepada sukan bola sepak khususnya Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Selain itu, dia juga sering datang ke pusat latihan Cobham untuk mempelajari perkara-perkara baharu dalam dunia EPL dan dia juga pemain yang mampu pulih daripada kecederaan dengan segera,” katanya.

Tuchel berkata demikian bagi mengulas aksi cemerlang Mount ketika membantu The Blues menewaskan Fulham 2-0 di Stamford Bridge pada awal pagi Ahad.

Penyerang, Kai Havertz muncul wira apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan 49 bagi memastikan kemenangan The Blues.

Kemenangan berkenaan sekali gus mengukuhkan Chelsea pada kedudukan keempat EPL ketika ini

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tuchel turut berharap agar Mount bebas daripada sebarang kecederaan dan boleh beraksi pada perlawanan akan datang terutamanya bagi aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dengan Real Madrid pada 6 Mei sebelum berdepan Leicester City pada final Piala FA.

“Saya sangat berharap agar dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana ia adalah keputusan saya membenarkannya beraksi sebelum ini,” katanya.