Polis cekup lapan samseng jalanan

Lapan individu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba sesama sendiri.
Lapan individu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba sesama sendiri.
A
A
A

SEREMBAN - Gara-gara melakukan aksi berbahaya dan berlumba sesama sendiri, lapan individu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) pada Sabtu.

Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi itu dijalankan bermula jam 10 malam sehingga 7 pagi dengan disertai dua pegawai dan 20 anggota JSPT.

"Ketika operasi dijalankan, kesemua suspek didapati melakukan aksi bersaing sesama sendiri, aksi zig-zag dan aksi menunduk badan ketika menunggang motosikal.

"Aksi tunggangan tersebut jelas amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Nadzri berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur antara 16 hingga 22 tahun dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: