Sasar jual 10,000 kotak dalam 10 hari

Lebih 4,000 unit megabox telah dijual melalui 2,000 ejen dan stokisnya di seluruh negara.
Lebih 4,000 unit megabox telah dijual melalui 2,000 ejen dan stokisnya di seluruh negara.
A
A
A

SEBERANG JAYA- Pengeluar produk kecantikan, Secret Desire (SD) menyasarkan 10,000 unit Megabox Glamour Fenomena yang baru dilancarkan pada Jumaat dijual dalam tempoh 10 hari.

Pengasasnya, Rozita Baharom berkata, produk kosmetik serba lengkap itu dikeluarkan khas dalam edisi terhad yang pastinya akan memudahkan pengguna.

Tampil dengan harga promosi iaitu RM370 sekotak sehingga 15 Mei ini, Rozita atau lebih dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai Che Ta Pot Pet berkata, buat masa ini jualan Megabox Glamour Fenomena mendapat sambutan luar biasa walaupun baru dilancarkan.

Menurut Che Ta, lebih 4,000 unit megabox telah dijual melalui 2,000 ejen dan stokisnya di seluruh negara dan sasaran untuk menghabiskan 10,000 unit dijangka dapat dicapai sebelum Aidilfitri.

“Megabox Glamour Fenomena memang sudah lama dinantikan oleh pengguna, khususnya peminat jenama SD, bukan sahaja di Malaysia, malah produk kita telah menembusi pasaran antarabangsa.

Che Ta melancarkan Megabox Glamour Fenomena di Seberang Jaya pada Jumaat.
Che Ta melancarkan Megabox Glamour Fenomena di Seberang Jaya pada Jumaat.

“Didatangkan dengan Eyeshadow, Blusher & Highlighter, Eyebrow, Eyeliner dan Magic Mascara, pemilik megabox ini juga akan mendapat 12 berus set terhad edisi berlian serta whitening cleanser yang diberikan secara percuma,” katanya selepas majlis pelancaran produk Megabox Glamour Fenomena.

Mengakui terpaksa berdepan dengan cabaran perniagaan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Che Ta berkata, ia tidak menghalang beliau bersama suami, Aaron Lee untuk mengembangkan perniagaannya dengan memanfaatkan platform digital.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selepas hampir 10 tahun SD berada di pasaran, kini jenamanya lebih dikenali ramai termasuk di Brunei, Singapura dan Australia.

Ejen dan stokis yang hadir semasa pelancaran Megabox Glamour Fenomena.
Ejen dan stokis yang hadir semasa pelancaran Megabox Glamour Fenomena.

Lebih menarik, Che Ta berkata, untuk produk Megabox Glamour Fenomena, pihaknya melakukan promosi melalui filem pendek yang dihasilkan syarikatnya dan kini telah disiarkan di semua media sosial SD.

“Dalam filem pendek tersebut, kami ingin menyampaikan mesej kepada pengguna supaya jangan sampai tinggal satu Megabox Glamour Fenomena, baru nak beli.

“Jadi mereka yang ingin dapatkan Megabox Glamour Fenomena boleh segera menghubungi ejen dan stokis kami di seluruh negara atau boleh dapatkan maklumat melalui Facebook rasmi Secret Desire,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut mengajak orang ramai terutama golongan suri rumah untuk menjana pendapatan bersama SD dengan menjadi ejen dan stokis.

Che Ta bersama suaminya, Aaron Lee yang menjadi tulang belakang dari awal penubuhan Secret Desire hampir 10 tahun lalu.
Che Ta bersama suaminya, Aaron Lee yang menjadi tulang belakang dari awal penubuhan Secret Desire hampir 10 tahun lalu.

Jelasnya, konsep perniagaan yang dijalankan pihaknya pasti akan dapat mengubah kehidu-pan mereka. khususnya yang terkesan akibat Covid-19 ketika ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi hotline SD di talian 016-4187602.