57 mangsa banjir kilat dipindahkan

Anggota bomba membantu penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi hampir satu meter. Gambar kanan: Anggota bombs membuat pemantauan dan kawalan bagi memastikan tiada penduduk yang terperangkap.

A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seramai 57 penduduk dari Kampung Veerasamy dan Taman Muhibbah Jaya II di sini dipindahkan berikutan banjir kilat melanda kawasan itu pada malam Sabtu.

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput menerima panggilan kecemasan pada jam 10.01 malam selepas beberapa kediaman penduduk dinaiki air setinggi hampir satu meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, satu pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Majlis Perbandaran Sungai Siput (U) bagi menempatkan mangsa terlibat.

"Anggota memindahkan semua mangsa ke tempat yang selamat.

"Sebahagian besar telah dibawa ke PPS yang telah dibuka, manakala sebahagiannya menumpang rumah saudara mara terdekat," katanya.

Menurutnya, proses pemindahan berjalan lancar dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chemor.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 2.26 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: