Seni, budaya, warisan mampu jadi elemen penyatuan dua negara

Muhammad Nasir
Muhammad Nasir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seni, budaya dan warisan dilihat antara elemen yang mampu menyumbang kepada kedamaian dan penyatuan di antara Korea Utara dan Korea Selatan.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, mempromosikan elemen tersebut bagi tujuan pendamaian lebih mudah berbanding rundingan.

Katanya, seni dan budaya lebih dekat dalam hati individu dan juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.

"Bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pernah berkata, lebih senang untuk memahami sesuatu negara itu dengan mempelajari budaya berbanding bahasa yang digunakan.

“Sebagai contoh, pada zaman dahulu, ada sesetengah masyarakat Malaysia tidak faham bahasa Hindi tetapi mampu ketawa, sedih dan menikmati cerita Hindustan,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panel Persidangan Kepimpinan Antarabangsa 2021 Inisiatif Damai Asia Timur Laut: Ke Arah Penyatuan Semula Semenanjung Korea-Menciptakan Yayasan untuk Dunia Bersatu Menuju Perikatan untuk Korea Bersatu secara dalam talian yang disiarkan secara langsung di Youtube ILC pada Sabtu.

Menurutnya, Malaysia juga antara negara yang berjaya menggunakan elemen seni dan budaya bagi menyatupadukan kaum dan turut dikenali sebagai negara yang kaya dengan nilai budaya.

“Jadi saya sangat yakin, bukan sahaja di Malaysia atau Korea mampu memberikan keamanan kepada seluruh dunia melalui mempromosikan seni dan budaya,” katanya.

Artikel Berkaitan: