Hampir 40 sekolah di Johor ditutup sejak bulan lepas

Mazlan
Mazlan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hampir 40 sekolah di Johor diarah tutup secara berperingkat sejak bulan lepas setelah terdapat kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan kakitangan dan murid di institusi pendidikan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata, Pejabat Kesihatan Daerah meminta Pejabat Pendidikan Daerah menutup sekolah terbabit bagi membolehkan penilaian risiko, pengesanan kontak rapat serta proses disinfeksi dilakukan.

"Namun ia tidak tutup secara serentak. Penutupan sekolah berkenaan adalah selama tujuh hari bagi membolehkan ujian calitan dijalankan terhadap individu terlibat selain proses sanitasi dijalankan.

"Apabila keputusan ujian menunjukkan negatif, barulah sekolah tersebut boleh dibuka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Makanan kepada warga asnaf dan ibu tunggal di sebuah pasar raya di Bandar Dato Onn di sini pada Sabtu.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang berusaha memastikan kira-kira 49,000 guru di Johor selesai menerima vaksin sehingga akhir bulan ini dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: