'Patut dedah awal, bukan ketika mahu bersara'

Syed Ibrahim (kanan) dan Abdul Hamid(dua dari kanan menyampaikan bantuan kepada penerima.
Syed Ibrahim (kanan) dan Abdul Hamid(dua dari kanan menyampaikan bantuan kepada penerima.
A
A
A

SEREMBAN - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang hanya membuat pendedahan mengenai wujud campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mahu bersara.

Beliau berkata, jika benar Abdul Hamid mempunyai maklumat berkenaan perkara itu, ia sepatutnya didedahkan lebih awal supaya siasatan segera dapat dilakukan.

"Kenapa bila nak bersara baru nak buat pendedahan dan bukannya ketika beliau masih dalam tugasan. Itu yang kita boleh persoalkan.

"Kalau ada yang tidak betul pada bila-bila masa, ia perlu diutarakan dan kenal pasti siapa yang terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2021 di Masjid India Muslim Seremban pada Sabtu.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ehsan, Datuk Abdul Hamid PV Abdu.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Abdul Hamid yang wujud campur tangan politik dalam PDRM.

Ujarnya, sebagai Ketua Polis Negara, beliau sepatutnya bersuara dan mengambil tindakan lebih awal jika sudah tahu masalah yang berlaku.

Menurut Syed Ibrahim, dakwaan yang dinyatakan Abdul Hamid boleh diibaratkan seperti atas angin sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini siapa yang perlu mengambil tindakan. Adakah Ketua Polis Negara yang baru?" katanya.

Berkenaan gesaan Abdul Hamid yang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan ada unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan, Syed Ibrahim berkata, ia perlu dilakukan dan beliau sendiri menolak tindakan itu.

"Sekarang kita dengar ramai ahli politik lompat parti. Bagi saya mereka ini tidak betul. Apabila parti sudah perkenal dan melabur untuk mereka bertanding di kawasan tertentu, mereka lupa diri dan lari kepada parti lain.

Pada Majlis Jelajah Ihya Ramadan Ehsan 2021, seramai 150 asnaf menerima bantuan yang disampaikan oleh Ehsan Group Of Companies dengan kerjasama Kimma Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Campur tangan politik dalam PDRM tindakan biadab

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri tidak sepatutnya jadi Pengerusi SPP - KPN