X

Kindly register in order to view this article
!

DOSM terima Anugerah Majikan Prihatin Persekutuan Cuepacs 2021

A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerima Anugerah Majikan Prihatin Persekutuan Cuepacs 2021 sempena Hari Pekerja 2021 pada Sabtu.

DOSM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan anugerah itu disampaikan oleh Presiden Cuepacs, Adnan Mat kepada Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin pada majlis sambutan Hari Pekerja 2021 yang diadakan secara maya.

Menurut DOSM, anugerah itu adalah satu penghargaan dan pembakar semangat seluruh warga kerjanya agar terus berdedikasi dan cekal dalam melaksanakan tugas meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19 demi penyampaian perkhidmatan statistik berkualiti kepada semua pihak.

"Warga kerja DOSM sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas di pejabat dan di lapangan walaupun berdepan dengan risiko situasi masa kini," katanya.

DOSM memaklumkan, ia termasuk operasi Banci Malaysia 2020 secara bersemuka yang sedang dilaksanakan sehingga 30 Jun tahun ini dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak pengurusan DOSM turut mengadakan program turun padang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap usaha yang dilaksanakan warga kerja DOSM dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab mengumpulkan maklumat bagi tujuan penjanaan statistik rasmi negara agar tiada siapa ketinggalan,” menurut kenyataan itu.

Bersesuaian dengan visi DOSM sebagai ‘Peneraju Perkhidmatan Statistik Demi Kesejahteraan Sejagat’ seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Jabatan (PSJ) DOSM 2021-2025, DOSM memerlukan semangat kebersamaan tinggi dalam kalangan warga kerjanya bagi memastikan usaha memacu statistik berintegriti dan perkhidmatan profesional untuk pembudayaan keputusan berasaskan bukti dapat direalisasikan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!