Astro Awani beri kerjasama kepada polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Astro Awani akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan berkaitan kontroversi penyampaian berita AWANI 745 mengenai isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.

Ketua Pengarangnya, Ashwad Ismail berkata, mereka sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.

“Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro Awani terus komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan PDRM sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesyen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan pembaca berita itu menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

Artikel Berkaitan: