Aksi Kedah-JDT tiada penonton

Ab Ghani
Ab Ghani
A
A
A

AKSI Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDAFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Selasa bakal berlangsung tanpa kehadiran penonton apabila pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), memperketatkan semula pematuhan rosedur operasi standard (SOP) dengan mengaktifkan semula SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, tindakan itu dibuat berikutan pengumuman daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di negeri Kedah mulai 1 hingga 14 Mei 2021.

“MFL ambil maklum mengenai pengumuman terkini status PKP di negeri Kedah jadi kita akan memperketatkan semula pematuhan SOP dan tahap disiplin gelembung sukan kepada pegawai dan pemain kedua-dua pasukan, pegawai-pegawai perlawanan dan petugas- petugas perlawanan di mana Ujian RTK Antigen terbaharu hendaklah dibuat sehari sebelum atau pada hari perlawanan.

“Selain itu SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton adalah diaktifkan semula sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini sehingga perkembangan terbaharu diumumkan oleh pihak kerajaan kelak.

“Oleh itu, saya berharap agar semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKP dilakukan di beberapa daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula pada 1 hingga 14 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Kenyataan media itu dibuat berikutan pelaksanaan PKP melibatkan Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Balin dan Kulim mulai 1 hingga 14 Mei 2021 nanti.

Pelaksanaan PKP sekali gus menyaksikan tiada lagi jualan tiket bagi menyaksikan perlawanlan di stadium yang dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tiket-tiket yang telah terjual akan dibayar semula oleh pihak Ticket Hotline International.