Kerajaan nilai semula PKP di negeri kes Covid-19 tertinggi

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa akan dinilai semula khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Muhyiddin berkata, ia penting bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan yang diambil berkesan dalam membendung penularan wabak berkenaan yang sedang meningkat di dalam dan luar negara.

Menurutnya kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati sejumlah besar mereka yang positif COVID-19. Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 secara bersasar.

“Melalui sistem ini pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi. Saya menyeru orang ramai sentiasa mematuhi SOP ditetapkan serta elak berada di tempat sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kes positif baharu wabak itu semalam melepasi angka 3,500 dengan 3,788 kes dilaporkan.

Artikel Berkaitan: