JKKK Parlimen Lipis terima komputer riba, mesin pencetak

Abdul Rahman (kanan) menyampaikan sumbangan komputer riba dan mesin pencetak kepada Pengerusi JKKK di Parlimen Lipis.
Abdul Rahman (kanan) menyampaikan sumbangan komputer riba dan mesin pencetak kepada Pengerusi JKKK di Parlimen Lipis.
A
A
A

LIPIS - Sebanyak 70 unit komputer riba dan 70 mesin pencetak jenama Epson dengan nilai RM231,000 diedarkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Parlimen Lipis.

Kemudahan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad di Dewan Dato Haji Omar Othman,Wisma UMNO Lipis pada Jumaat.

Turut berlangsung penyerahan sumbangan Aidilfitri bernilai RM61,000 kepada 122 penerima.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis memberitahu, beberapa siri sumbangan akan diteruskan termasuk kepada kumpulan bersasar yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

"Antaranya 1,500 keluarga membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Padang Tengku,Cheka dan Benta dengan nilai peruntukan sebanyak RM150,000.

"Ada yang kami sampaikan dengan hanya berjalan kaki dari rumah ke rumah yang secara tidak langsung dapat berziarah dan melihat keperluan lain di kediaman penduduk," katanya pada pemberita dalam sidang akhbar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Pengerusi JKKK Parlimen Lipis,Datuk Zulkifli Othman.

Ishak Mohamed, Mohd Podzi
Ishak Mohamed, Mohd Podzi

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Relong,Ishak Mohamed berkata, pemberian komputer riba dan mesin pencetak itu dapat melicinkan lagi pentadbiran JKKK tersebut.

Menurutnya, sumbangan mesin pencetak itu akan menjadi kegunaan penduduk bagi urusan salinan sebarang dokumen tanpa perlu ke bandar.

Pengerusi JKKK Kampung Merapoh,Mohd Podzi Mat Salleh menghargai usaha tersebut yang dapat meringankan beban JKKK terlibat yang dapat melancarkan sebarang urusan khususnya pentadbiran.