X

Kindly register in order to view this article
!

Henti buat binaan kekal dalam kawasan tali air KADA

Che Abdullah (kanan) mengadakan lawatan kerja di Projek Ternakan Ikan di KRT Bendang Kerian, Tumpat.
A
A

TUMPAT - Penternak ikan air tawar yang menggunakan tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) diminta supaya menghentikan pembinaan kekal di sekitar kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya khuatir jika situasi itu berterusan dibimbangkan boleh mengganggu sistem pengairan sekali gus memberi kesan kepada tanaman padi.

"Kedua-dua subsektor ini mempunyai kepentingan masing-masing, maka perlu ada kerjasama antara satu sama lain antaranya penternak ikan air tawar supaya tidak membina suatu halangan kekal atau sangkar yang menyekat saliran air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja Projek Ternakan Ikan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bendang Kerian, dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Mohd Adanan Hassan.

Menurutnya, selain binaan aspek makanan ikan perlu diberikan penelitian oleh para penternak.

Beliau berkata, hal berkenaan dibimbangi boleh menjejaskan kualiti air.

Che Abdullah turut menggesa para penternak ikan air tawar memberi kerjasama kepada perkara tersebut.

Beliau berkata, KADA akan merangka prosedur operasi standard (SOP) khas kepada penternak ikan.

"SOP ini untuk memperbaiki serta memperkemaskan aktiviti penternakan akuakultur itu seperti menggariskan beberapa perkara antaranya jumlah keluasan ternakan dan faktor keselamatan di kawasan tali air," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!