Murah tapi berharga, mas kahwin segelas cendol

Pasangan pengantin hanya memilih segelas cendol sebagai mas kahwin.
Pasangan pengantin hanya memilih segelas cendol sebagai mas kahwin.
A
A
A

INDONESIA - Segelas cendol dipilih sebagai mas kahwin buat pasangan pengantin baru di Indonesia hingga tular di media sosial.

Tidak mementingkan harta benda mahupun barangan mewah, mereka diraikan dalam majlis serba sederhana bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

Video berdurasi seminit itu merakamkan majlis ijab kabul pasangan yang dimuat naik di Facebook Bagus Yudhistira pada 30 Januari lalu dan tidak diketahui lokasinya.

Pengantin lelaki menunggang motosikal tertera perkataan cendol.
Pengantin lelaki menunggang motosikal tertera perkataan cendol.

Berwalikan bapa pengantin, rakaman video itu menyatakan bahawa mas kahwin yang diberikan adalah surah Al-Ikhlas dan cendol.

"Dengan mas kahwin segelas cendol sah".

Sejurus selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan segelas cendol kepada pengantin perempuan.

Pasangan pengantin baru tular di media sosial.
Pasangan pengantin baru tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Sebagai tanda terima, pengantin perempuan meminum cendol itu hingga mendapat tepukan dari para tetamu.

Sebagai simbolik dan keunikan perkahwinan, pengantin lelaki dilihat menunggang motosikal yang diubah suai untuk kelengkapan jualan cendol menuju ke rumah pengantin perempuan.

Kisah unik perkahwinan itu nyata mencuri perhatian warganet.

“Ya ALLAH murah tapi berharga,” tulis Gerviel Aldrik di Facebooknya.

Susanti Antika, berkata, "Agak lucu dan kreatif si pengantin". - Tribun News