X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Klopp resah berdepan United

Aksi Manchester United dan Liverpool pada saingan Piala FA 2021.
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui resah menjelang aksi berdepan Manchester United di Old Trafford pada Ahad, berikutan prestasi cemerlang The Red Devils ketika ini.

Menurut Klopp, situasi itu perlu diberikan perhatian serius oleh pemain The Reds kerana mereka perlu bekerja keras di sepanjang perlawanan dalam usaha membawa pulang sebarang mata.

Justeru katanya, pemain juga diharap dapat memberikan fokus bagi mengharungi perlawanan berkenaan yang dijangka berlangsung sengit.

“Bagi saya, United sudah mula bangkit dan hakikat ini perlu diakui oleh semua pihak; lihat sahaja aksi mereka ketika bangkit menewaskan gergasi Seria A, AS Roma dalam saingan Liga Europa, baru-baru ini.

“Mereka kini berada pada kedudukan mereka pada tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya dibezakan hanya dengan 10 mata daripada pendahulu, Manchester City.

“Biarpun peluang kami untuk mencabar takhta liga sudah pun tertutup dan tahun depan, kami pasti akan kembali mencabar dan seterusnya menguasai takhta EPL,” katanya.

Liverpool kini berada pada kedudukan keenam dengan 54 mata dan kelihatan semakin jauh untuk mencabar takhta liga.

Malah The Reds juga dilihat bakal terlepas peluang untuk berada dalam kelompok empat pastukan teratas kali ini berikutan saingan hebat daripada Leicester City dan Chelsea.

Sementara itu Klopp turut mengakui cabaran untuk mencabar takhta EPL musim depan akan menjadi lebih sukar berikutan progres yang ditunjukkan oleh Manchester United dan Chelsea.

“Kesemua pencabar kita kini mula menunjukkan peningkatan dan jauh meninggalkan kita dan, kita sebenarnya turut bertanggungjawab dalam soal ini,

“Apa pun, secara konsisten kita pernah beraksi di separuh akhir dan berjuang untuk merebut takhta liga seperti ini.

“Kita akan kembali mencabar musim depan tetapi bagi musim ini, kita akan cuba sedaya upaya untuk menamatkannya pada kedudukan yang terbaik,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!