Sila log masuk terlebih dahulu.

Lima keluarga terima bantuan duit raya RM1,000

Nazir Hussin menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan persiapan Aidilfitri kepada salah seorang penerima.
Nazir Hussin menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan persiapan Aidilfitri kepada salah seorang penerima.
A
A
A

GOMBAK - Seramai lima keluarga di Pangsapuri Mutiara di sini dipilih menerima sumbangan barangan persediaan Aidilfitri dan wang tunai RM1,000 daripada Yayasan Bank Rakyat menerusi program Ziarah Ramadan pada Jumaat lalu.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program itu membuktikan keprihatinan pihak yayasan terhadap golongan yang memerlukan di samping mengajak masyarakat bersama membantu mengikut kemampuan masing-masing.

“Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini kita menyampaikan sumbangan, walaupun sederhana tetapi dengan harapan mampu mengurangkan beban penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Program seperti ini sudah menjadi acara sepanjang tahun dan bukan hanya tertumpu ketika Ramadan dan Syawal sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penerima terpilih terdiri daripada golongan kurang bernasib baik iaitu asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan warga emas.

Artikel Berkaitan: