Yayasan Ragad santuni anak istimewa

Sumbangan duit raya kepada golongan istimewa bernaung di bawah Persatuan Down Syndrome.
Sumbangan duit raya kepada golongan istimewa bernaung di bawah Persatuan Down Syndrome.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Yayasan Ragad menyediakan sejumlah duit raya kepada Persatuan Down Syndrome, masyarakat kurang berkemampuan, Rumah Titian Kasih,Titiwangsa dan Pusat Tahfiz Al-Quran Antarabangsa dengan jumlah lebih 80 kanak-kanak sempena sambutan Ramadan tahun ini yang berlangsung di Restoran Al-Amar, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ragad, Datuk Riffai Husain berkata, anak-anak istimewa berkenaan dibawa khas daripada empat institusi kebajikan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ini merupakan majlis iftar pertama bagi Yayasan Ragad dan kami menjemput golongan kurang berkemampuan ini kerana prihatin terhadap masalah masyarakat yang pasti memerlukan perhatian," katanya.

Ini selaras dengan hasrat Pengerusi Yayasan Ragad, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib yang mahukan yayasan ini mendekati dan menyantuni masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan, anak yatim dan pelajar tahfiz melalui program khidmat sosial dan kerja amal.

Turut menerima sumbangan masyarakat kurang berkemampuan, Rumah Titian Kasih,Titiwangsa dan Pusat Tahfiz Al-Quran Antarabangsa.
Turut menerima sumbangan masyarakat kurang berkemampuan, Rumah Titian Kasih,Titiwangsa dan Pusat Tahfiz Al-Quran Antarabangsa.

"Justeru, Yayasan Ragad mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki.

"Melalui program ini, kita menyumbangkan sedikit duit raya kepada anak-anak ini supaya ianya memberi kegembiraan kepada mereka di bulan mulia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Program Iftar@WeCare Yaysan Ragad Bersama anak-anak down syndrome, anak-anak kurang berkemampuan dan dari sekolah tahfiz baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Program itu juga akan menjadi acara tahunan di bulan Ramadan untuk tahun-tahun akan datang dan ini merupakan kaedah terbaik untuk membolehkan yayasan menzahirkan rasa terima kasih dan mendekati serta menyantuni masyarakat di Malaysia,” katanya lagi.

Turut hadir, Tengku Puteri Mariam, Datuk Seri Dr KK Chai, Khalid Ghanim Mohammad Algaith, Duta Besar UEA ke Malaysia, Datuk Zalnizam Zainun dan Zuwairi Japri Al-Manjie.