Murid rugi RM25,400, ditipu scammer beli Iphone 11 Pro

Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Seorang murid sekolah rendah kerugian sebanyak RM25,400 selepas diperdaya scammer yang menawarkan iPhone 11 Pro pada harga hanya RM500 di laman sosial.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu, apabila mangsa berusia 12 tahun itu melihat satu iklan penjualan telefon bimbit jenama Apple Original No 1 Malaysia di laman Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berminat untuk membeli telefon itu dan menghubungi nombor dalam iklan terbabit.

Menurutnya, suspek kemudian memaklumkan telefon terbabit dijual pada harga RM400 dan jika mangsa bersetuju untuk membeli telefon itu, mangsa perlu membuat bayaran segera.

"Mangsa memasukkan wang RM400 ke dalam akuan diberikan suspek dengan menggunakan akaun milik bapanya secara dalam talian.

"Selepas membuat pembayaran, mangsa bertanyakan mengenai penghantarannya, namun diminta untuk menghubungi satu lagi nombor telefon yang diberikan suspek.

"Suspek meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM1,350 untuk mengaktifkan kad waranti, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pada hari sama, suspek sekali lagi meminta mangsa memasukkan untuk mengaktifkan kad waranti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tanpa berfikir panjang mangsa membuat lima transaksi secara talian ke dalam akaun yang diberikan suspek.

Mohd Wazir berkata, mangsa merasa tertipu dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, pada Jumaat.

Katanya, modus operandi yang digunakan memperdaya mangsa dengan menawarkan jualan telefon bimbit yang tidak wujud di laman Instagram sehingga mangsa mengalami kerugian RM25,400.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.