Hujan lebat, tujuh rumah dinaiki air

Keadaan di Kampung Sumpitan, Lenggong yang dinaiki air setinggi hampir satu meter lewat malam jumaat.
Keadaan di Kampung Sumpitan, Lenggong yang dinaiki air setinggi hampir satu meter lewat malam jumaat.
A
A
A

LENGGONG - Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibaykan tujuh kediaman di Kampung Sumpitan di sini dinaiki air setinggi hampir satu meter lewat malam Jumaat.

Maklumat kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong pada jam 12.14 malam memaklumkan berlaku banjir kilat di kampung berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, didapati terdapat 33 penduduk terkandas di rumah masing-masing akibat kejadian itu.

"Mangsa bagaimanapun tidak dipindahkan selepas didapati paras air mulai surut.

"Anggota kemudiannya membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.25 pagi.

Artikel Berkaitan: