Duda direman kes serangan seksual dua beradik

Suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang duda tergamak melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak yang juga anak kenalannya.

Perbuatan terkutuk suspek, 44, terbongkar selepas dua beradik terbabit menceritakan kejadian tersebut kepada ibu mereka, 33, kira -kira jam 6 petang, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum itu, wanita tersebut mengesyaki sesuatu selepas kedua-dua mangsa enggan pergi ke kedainya di Jalan Sultan Omar, di sini, dengan memberi alasan tidak mahu berjumpa dengan suspek yang dikatakan selalu membuat 'tahi'.

"Selepas puas dipujuk, anak perempuannya berusia 7 tahun memaklumkan suspek pernah memasukkan kemaluan ke dalam mulut dan menyuruh dia menghisapnya sehingga muntah.

"Pada masa sama, anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun turut memaklumkan suspek cuba memasukkan kemaluannya ke dalam punggungnya ketika mandi.

"Malah, suspek turut mengarahkan dua beradik itu supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibu mereka" katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit memaklumkan sudah mengenali suspek sejak lima tahun lalu dan suspek memang selalu bermain serta membawa dua anaknya berjalan-jalan.

Katanya, susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.