MEF mohon pencerahan tempoh bekerja

Kebanyakan majikan beroperasi dalam tempoh lima hari seminggu dan dalam keadaan demikian waktu bekerja biasa boleh dipanjangkan sehingga sembilan jam sehari.
Kebanyakan majikan beroperasi dalam tempoh lima hari seminggu dan dalam keadaan demikian waktu bekerja biasa boleh dipanjangkan sehingga sembilan jam sehari.
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) meminta Jabatan Buruh memberi penerangan meluas mengenai tempoh bekerja kerana terdapat kekeliruan mengenai perkara tersebut dalam kalangan pekerja dan majikan.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika tidak dikendalikan dengan baik, ia boleh menjadi pertikaian perusahaan sesama mereka.

Beliau berkata, kebanyakan majikan beroperasi dalam tempoh lima hari seminggu dan dalam keadaan demikian waktu bekerja biasa boleh dipanjangkan sehingga sembilan jam sehari.

 Shamsuddin Bardan
Shamsuddin Bardan

Menurutnya, dalam sistem itu pekerja akan menikmati dua hari tidak bekerja seminggu dan Akta Kerja mengiktiraf hari kedua sebagai hari rehat mingguan.

“Kebiasaan tempoh masa bekerja ialah lapan jam sehari bersamaan dengan 48 jam seminggu, di mana hari bekerja adalah enam hari seminggu.

“Jika pekerja bukan syif diminta bekerja melebihi sembilan jam sehari dan syarikat amal sistem lima hari bekerja seminggu, mereka berhak dibayar kerja lebih masa.

“Pekerja syif boleh diminta bekerja 12 jam sehari dan jika itu berlaku, dia akan bekerja empat hari seminggu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau mengulas situasi tempoh bekerja di negara ini memandangkan masa bekerja lebih sembilan jam sehari dan ada syarikat memberi cuti sehari seminggu.