Pekerja perlu berani pertahan, perjuangkan hak

Mohd Effendy
Mohd Effendy
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa agar pekerja di negara ini berani tampil mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak mereka.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pekerja boleh melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan juga MTUC jika terdapat sebarang masalah yang berbangkit.

“Bagi organisasi besar yang ada kesatuan sekerja, mereka akan diwakili oleh kesatuan sekerja untuk menyelesaikan masalah pekerja dan majikan.

“Tapi di peringkat pekerja yang tidak ada kesatuan sekerja, mereka ini boleh terus merujuk kepada MTUC untuk kita bawa isu kepada pihak berwajib, pihak majikannya atau JTKSM,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Effendy berkata, pihaknya akan membantu mana-mana pekerja mempunyai masalah berkaitan pekerjaan yang tidak dapat diselesaikan oleh mereka.

Tambahnya, sehingga kini, MTUC belum menerima laporan mana-mana pekerja diminta bekerja lebih daripada waktu yang ditetapkan

“Kalau ada mana-mana majikan minta bekerja lebih daripada lapan, sembilan jam sehari tanpa apa-apa bayaran itu kita akan campur tangan. Maknanya dia (pekerja) kena buat laporan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan yang dikenakan kepada majikan sekiranya pekerja dipaksa bekerja lebih masa tanpa dibayar, Mohd Effendy berkata, perkara berkenaan terlebih dahulu perlu dibuat laporan kepada JTKSM.

Artikel Berkaitan:

“Selalunya bila laporan dibuat oleh pekerja atau dibuat oleh kesatuan, pihak JTKSM akan membuat siasatan.

“Jika majikan didapati bersalah, majikan boleh dikenakan denda atau diambil tindakan oleh pihak JTKSM,” katanya.

Beliau berkata lagi, setiap pekerja perlu mengetahui saluran untuk membuat laporan sekiranya mereka dipaksa bekerja lebih daripada 48 jam seminggu.