Suami isteri ditahan bantu siasatan kematian bayi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang individu dilaporkan telah membawa seorang bayi yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ke sebuah hospital kerajaan di Selangor untuk mendapatkan rawatan pada jam 7 malam, Selasa lepas.

“Menerusi hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur bayi itu.

"Bertindak atas keterangan saksi, polis kemudiannya bertindak menahan pasangan terbabit yang merupakan pengasuh kepada bayi itu yang masing-masing berumur 35 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan PJU 1A/42 Kelana Jaya, di sini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, hasil semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah narkotik.

Susulan itu, pasangan terbabit direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: