Covid-19: Pesakit kritikal kembali meningkat di Thailand

Jumlah kes harian di Thailand menunjukkan penurunan dari 2,174 kes pada Selasa kepada 2,001 pada Rabu dan 1,864 (Khamis). Gambar fail AFP
Jumlah kes harian di Thailand menunjukkan penurunan dari 2,174 kes pada Selasa kepada 2,001 pada Rabu dan 1,864 (Khamis). Gambar fail AFP
A
A
A

BANGKOK - Thailand melaporkan 1,583 kes baharu Covid-19 dan 15 lagi kematian dalam masa 24 jam, dengan jumlah korban dan pesakit kritikal menunjukkan trend peningkatan.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 65,153 dan 203 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin berkata, semua kes kematian terkini itu membabitkan warga tempatan - sembilan lelaki dan enam wanita, berusia antara 29 hingga 93 tahun, mempunyai sejarah penyakit kronik.

Katanya, jumlah kes harian menunjukkan penurunan dari 2,174 kes pada Selasa kepada 2,001 pada Rabu dan 1,864 (Khamis).

Namun, katanya statistik menunjukkan jumlah pesakit kritikal dan yang memerlukan bantuan ventilator meningkat dari 628 dan 169 pada Isnin kepada 871 dan 250 pada Khamis.

"Jumlah kes baharu menurun, tetapi kita masih perlu berwaspada kerana kluster di Bangkok dan wilayah lain seperti Ranong yang dikaitkan dengan kelab snuker dan tempat perjudian haram.

"Selain itu, jumlah korban terbaru tetap tinggi. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan perhimpunan besar dan terus mematuhi penjarakan sosial dan langkah pencegahan penyakit,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di sini hari ini.

Taweesin berkata, wabak terbaru berkaitan pusat hiburan di Bangkok mencatatkan 36,0290 kes dan 109 kematian.

Artikel Berkaitan:

Kes itu menular ke seluruh wilayah ketika mereka yang dijangkiti balik ke kampung masing-masing sempena perayaan Songkran pada pertengahan April. - Bernama