Ganti pangku tugas Ketua Polis Daerah

Majlis serah terima tugas antara Ab Rozak dan Ganti (Kanan) disaksikan Azmi (tengah) hari ini.
A
A

PASIR PUTEH - Deputi Superintenden Ganti Jimmy memangku jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh sejurus selesai majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Puteh hari ini.

Dalam majlis di Dewan Impianan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu, bekas Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab Rozak Muhamad menyerahkan tugas kepada Ganti yang disaksikan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim.

Ab Rozak memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam, selepas menggalas tanggungjawab Ketua Polis Daerah Pasir Puteh selama lebih empat tahun.

Ab Rozak dalam ucapannya berkata, beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggotanya di Pasir Puteh yang memberikan kerjasama baik.

Katanya, kerjasama itu mesti diteruskan bagi membantu pemangku Ketua Polis Daerah.

"Maaf jika ada salah dan silap saya selama berkhidmat di sini dan saya berharap IPD ini terus mantap," katanya.