MB Perak negatif Covid-19

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - Keputusan ujian saringan Covid-19 Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad disahkan negatif.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keputusan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta pada jam 4.30 petang.

"Beliau melakukan ujian saringan berkenaan jam 2.30 petang semalam di Pusat Penilaian Covid-19, Arena Tenis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"Bagaimanapun, Menteri Besar akan terus menjalani kuarantin sehingga 3 Mei ini seperti dijadualkan dalam Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata kenyataan itu.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong, Perak pada 23 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak jalani kuarantin 14 hari

Artikel Berkaitan: