Anthony Weiner dibebaskan dari penjara

Anthony Weiner
Anthony Weiner
A
A
A

MASSACHUSETTS - AMERIKA SYARIKAT. Bekas anggota Kongres Demokrat, Anthony Weiner telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 21 bulan kerana disabit bersalah mengirim gambar dirinya beraksi lucah kepada beberapa wanita termasuk seorang gadis berusia 15 tahun menerusi Internet pada 2017.

Weiner sepatutnya dibebaskan pada 14 Mei depan, namun dilepaskan lebih awal kerana berkelakuan baik di penjara.

Semasa skandalnya terdedah, Weiner yang ketika itu masih menjadi suami kepada pembantu atasan Hillary Clinton, Huma Abedin mendakwa emelnya telah digodam. - AP

Artikel Berkaitan: