Penutupan sekolah di Kelantan sehingga Aidilfitri

Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah KPM di Kelantan yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.
Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah KPM di Kelantan yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.
A
A
A

KOTA BHARU – [DIKEMAS KINI] Penutupan sekolah di negeri ini akan dilanjutkan bermula 3 Mei sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi dalam satu kenyataan pemberitahuan di sini pada Khamis.

Menurutnya, penutupan itu berdasarkan situasi semasa melibatkan pengumuman tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri ini yang dilanjutkan sehingga 17 Mei.

“Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan bahawa semua sekolah di negeri ini ditutup bermula 3 Mei hingga cuti Hari Raya Aidilfitri manakala sesi persekolahan untuk 16 hingga 27 Mei akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan dibuka kembali pada 13 Jun,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, perkara tersebut perlu diambil maklum oleh semua pentadbir sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

Beliau juga memberitahu, guru-guru juga perlu melaksanakan tugas sebaik mungkin melalui PdPR dalam tempoh penutupan sekolah berkenaan.

“Selain itu, semua Pegawai Pendidikan Daerah hendaklah membuat pemantauan ke semua sekolah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi sebaik mungkin,” katanya.

Artikel Berkaitan: