Polis siasat video dua individu dipukul

Polis siasat video memaparkan dua individu yang dipukul sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit pada Khamis.
Polis siasat video memaparkan dua individu yang dipukul sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat video memaparkan dua individu dipukul dan ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, turut dilihat dalam video berdurasi 54 saat itu enam individu lain yang menyaksikan kejadian tersebut.

Katanya, isi kandungan video berkenaan jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi untuk menyiasat asal usul video ini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan individu terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 akta yang sama.

Beliau turut mengingatkan orang tidak berkongsi atau menyebarkan video itu di media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: