Dapat ganjaran lumayan jika cagar emas di Pos ArRahnu

No Image Caption
A
A
A

Dalam situasi ekonomi yang boleh dianggap masih bertatih selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dari segi kewangan terutama golongan peniaga kecil.

Di sinilah peranan emas bermula, ia boleh menjadi penyelamat dalam situasi genting. Barangan emas yang dilaburkan boleh dijadikan pusingan modal perniagaan atau untuk kegunaan peribadi.

Percaya atau tidak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bukan sekadar tempat untuk membuat pengeposan barang, membeli setem dan membayar bil tetapi turut menyediakan perkhidmatan pajak gadai Islam berkonsepkan tawarruq, penjualan emas jongkong, belian emas terpakai, perkhidmatan simpanan barang kemas/emas, penilaian zakat emas dan cuci emas.

No Image Caption

Kenapa kita perlu memilih Pos ArRahnu? Prosesnya yang mudah dan cepat. Pos ArRahnu tidak memerlukan dokumen seperti penyata bank atau slip gaji. Hanya bawa emas untuk dicagarkan.

Dengan Pos ArRahnu, peminjam kurang risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar balik pinjaman. Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan.

Artikel Berkaitan:

Jika tidak mampu, peminjam boleh melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan lagi. Peminjam akan diberikan 3 kali notis sebelum Pos ArRahnu melelong emas untuk membiayai jumlah pinjaman + upah simpan yang peminjam tidak mampu bayar.

Pos ArRahnu juga menawarkan pembayaran yang fleksibel. Pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Ini memberi manfaat kepada peniaga kecil yang bergantung kepada keuntungan secara harian.

Pos ArRahnu juga menawarkan kadar upah yang rendah, berbanding pajak gadai konvensional. Sebagai contoh,Pos ArRahnu menawarkan upah simpan serendahRM0.56 bagi setiap RM100 nilai marhun* (emas) sebulan. Berikut adalah penjimatan dengan Pos ArRahnu.

No Image Caption

Sertai kempen Cagar dan Menang

Apa yang menarik, Pos ArRahnu kini sedang menganjurkan kempen “Cagar & Menang Pos ArRahnu” bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Pelanggan yang mencagarkan emas di Pos ArRahnu dengan minimum RM5,000 nilai cagaran selama tiga bulan, berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat berjumlah sehingga RM300,000!

Lebih banyak urus niaga tersebut dilakukan lebih besar peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan. Namun, setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

10 pemenang bertuah akan dipilih setiap enam bulan dan hadiah akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu hadiah utama, kedua, ketiga, keempat dan hadiah saguhati.

No Image Caption

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang Proton X50 1.5T Std, manakala hadiah kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima Proton Iriz 1.3 CVT Std, Proton Saga 1.3 AT Std dan Yamaha Y15 150ZR.

Pemenang hadiah saguhati pula akan menerima Pos ArRahnu 1 Dinar Gold Bar bernilai RM1,100 setiap satu.

Apa tunggu lagi. Cagar emas anda hari ini di mana-mana 80 cawangan Pos ArRahnu seluruh negara sehingga 31 Disember 2021.

Layari laman web Pos Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Cagar & Menang Pos ArRahnu.

Had pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM60,000 sehari dan tidak melebihi RM250,000 seorang berserta perlindungan insurans.