Air strawberi segar jadi rebutan

Gerai jus strawberi di Cabang 3 Geting, Tumpat diserbu pelanggan yang sukakan rasa segar dan masam manis jus resipi Nik Ayuani. Nik Ayuani (kanan) dan tiga pembantunya menyiapkan pesanan pelanggan yang beratur sepanjang 100 meter bagi mendapatkan jus strawberi segar yang dijualnya di Cabang 3 Geting, Tumpat sepanjang Ramadan.

A
A
A

TUMPAT - Berkat niat bersedekah kepada anak yatim ketika Ramadan melariskan jualan jus buah strawberi segar dari Cameron Highlands yang diusahakan oleh ibu dua anak di Cabang 3 Geting, di sini, sejak tujuh tahun lalu.

Resipi tersendiri oleh Nik Ayuani Nik Amat, 32, berjaya menambat selera hingga tidak menang tangan apabila gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan ‘diserbu’ pelanggan.

Peminat buah ‘kayangan’ itu sanggup beratur lebih awal sepanjang lebih 100 meter walaupun operasi perniagaan hanya bermula pada jam 5 petang.

Nik Ayuani berkata, idea menjual jus buah itu tercetus kerana dia sendiri peminat jus strawberi dan dijual di Pasar Wakaf Bharu, Tumpat sejak tujuh tahun lalu.

“Cuma pada Ramadan ini, saya niatkan hasil jualan jus segar strawberi ini akan saya sedekahkan separuh kepada anak yatim.

“Untung saya kecil saja, sebab buah strawberi kosnya mahal, guna gula lagi. Satu plastik besar hanya RM3,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Chabang 3 Geting, di sini pada Rabu.

Katanya, walaupun kos tinggi, dia sangat teruja kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Mereka berebut-rebut, beratur panjang hingga saya dikompaun RM1,500 pada Selasa kerana kesalahan prosedur operasi standard akibat tidak meletakkan garisan beratur kepada pelanggan.

“Pun begitu, saya bersyukur dengan sambutan ini dan percaya berkat daripada niat bersedekah untuk anak yatim pada bulan Ramadan,” katanya.

Nik Ayuani turut tidak lokek berkongsi rahsia menghasilkan jus yang sedap iaitu melebihkan buah dan tidak menggunakan kordial.

“Saya buat seperti mana saya hendak minum. Setiap hari 20 hingga 25 kilogram strawberi akan direbus selama sejam dan kemudian dikisar.

“Saya juga letakkan strawberi segar yang dipotong ke dalam air. Buah-buah ini diperoleh daripada tanaman tempatan di Cameron Highlands. Susah nak dapat dalam jumlah banyak, tetapi saya sanggup kutip-kutip beli daripada banyak pasar raya untuk menjual jus strawberi segar,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Zaiton Harun, 37, berkata, sudah empat kali dia ulang membeli jus strawberi segar yang hanya boleh didapati di gerai Nik Ayuani.

“Rasanya memang asli dan ‘ketagih’ apabila minum. Sangat melegakan tekak yang seharian berpuasa selain rasa masam manis yang sedap,” katanya yang beratur awal bagi menggelakkan kesesakan ketika membeli jus itu.