Navalny muncul buat pertama kali

Navalny kelihatan tidak bermaya dan susuk tubuhnya kelihatan susut berbanding sebelum ini. - Foto Agensi
Navalny kelihatan tidak bermaya dan susuk tubuhnya kelihatan susut berbanding sebelum ini. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Pasukan pengkritik Kremlin, Alexei Navalny pada Khamis memaklumkan ia membubarkan rangkaian pejabat kempen serantau di seluruh Rusia pada Khamis ketika pemimpin pembangkang itu muncul menerusi sidang video dari penjara di luar Moscow.

Sekutunya membuat pengumuman itu menerusi rakaman YouTube sebelum Navalny tampil pada sesi pendengaran kes yang akan mempertimbangkan permintaan pendakwa raya untuk mengisytiharkan tonggak utama pertubuhan politik beliau sebagai ekstremis.

Menerusi penampilan pertama beliau sejak menamatkan mogok lapar yang dilancarkan pada 31 Mac lalu, Navalny yang berkepala botak kelihatan tidak bermaya dan susuk tubuhnya kelihatan susut berbanding sebelum ini.

Pada Selasa, sebuah mahkamah di ibu negara Rusia mengenakan larangan ke atas Yayasan Antirasuah (YBK) yang diasaskan Navalny dan turut menyekat akses kepada akaun bank badan tersebut, melarang sebarang penganjuran protes serta menerbitkan artikel media.

Jika rangkaian itu diisytiharkan sebagai ekstremis, pihak berkuasa dijangka mempunyai kuasa sah untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas aktivis dan membekukan akaun bank mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan: