1,384 petugas PBT Pulau Pinang sudah terima vaksin

No Image Caption
A
A
A

GEORGE TOWN - Sejumlah 1,384 petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Negeri Jagdeep Singh Deo hari ini berkata mereka terdiri daripada 993 petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 391 petugas Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Beliau berkata, kumpulan pertama pasukan petugas penguatkuasaan PBT menerima suntikan vaksin itu antara 14 dan 16 April lepas.

“Kita jangka kumpulan pertama petugas (PBT) kita akan menerima suntikan dos kedua vaksin pada 7 Mei,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan 70 peratus daripada 5,200 pegawai PBT menjalani vaksinasi sepenuhnya bagi mencapai imuniti kelompok.

Jagdeep dan Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud sebelum itu menghadiri majlis khas bagi mengagihkan 1,000 paket bantuan makanan kepada pekerja majlis bandaraya sempena bulan Ramadan, dan menjelang ketibaan Hari Pekerja.

Artikel Berkaitan: