X

Kindly register in order to view this article
!

SPR perlu tetapkan garis masa Undi18, daftar pengundi automatik

Asyraf Wajdi
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengesyorkan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menetapkan garis masa yang jelas berhubung pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Ayraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan tidak ada lagi sebarang persepsi negatif seolah-olah memberikan gambaran bahawa ada usaha terancang untuk menggagalkan agenda yang disepakati semua parti di Parlimen.

“Pelaksanaan Undi18 hendaklah berjalan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik sebagaimana syarat utama yang diletakkan oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan hendak diluluskan di Dewan Rakyat pada 2019.

“Pelaksanaan Undi18 adalah hasrat murni untuk memberikan suara dan hak demokrasi kepada lebih 1.2 juta anak muda berumur di antara 18 dan 20 tahun serta hampir 4.2 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 21 tahun tetapi masih belum berdaftar sebagai pemilih,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18 bakal dilaksanakan pada PRU15?

Terdahulu, kerajaan memberi jaminan pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sedang diusahakan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara itu dibincangkan dan disahkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu

Dalam pada itu Asyraf turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang terus memperjuangkan perkara tersebut bagi memastikan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik sebagaimana diputuskan Parlimen menjadi satu kenyataan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!