Lebih 330 serangan kimia di Syria

Anak kecil turut menjadi mangsa serangan senjata kimia di Syria
Anak kecil turut menjadi mangsa serangan senjata kimia di Syria
A
A
A

BERLIN - JERMAN. Rejim Bashar Al-Assad adalah dalang di sebalik lebih 330 serangan senjata kimia di Syria sejak lapan tahun lalu, menurut laporan berpangkalan di Jerman.

Laporan Institut Dasar Awam Global (GPPI) semalam mendedahkan bahawa kira-kira 336 serangan kimia telah direkodkan di Syria sejak permulaan perang saudara.

Ia menambah hampir 98 peratus serangan dilakukan oleh pasukan rejim ke atas penduduk awam, manakala enam serangan didalangi kumpulan militan Daesh.

Menurut laporan itu lagi, hampir 90 peratus daripada serangan berlaku selepas serangan senjata kimia pada Ogos 2013 yang membunuh beratus-ratus orang di pinggir Damsyik.

Peperangan dan krisis kemanusiaan meruncing di Syria menyebabkan kematian ratusan ribu orang, manakala lebih sejuta hilang tempat tinggal atau menjadi pelarian. - Agensi

Artikel Berkaitan: