150,000 al-Quran diedarkan dalam World #QuranHour

Hashim dan Shahlon (tengah) selepas menyerahkan 37 set naskah al-Quran untuk digunakan di semua Pejabat Pendidikan seluruh daerah di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Johor Bahru, pada Khamis.
Hashim dan Shahlon (tengah) selepas menyerahkan 37 set naskah al-Quran untuk digunakan di semua Pejabat Pendidikan seluruh daerah di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Johor Bahru, pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 150,000 naskah al-Quran sudah diwakafkan dalam program membudayakan al-Quran, World #QuranHour sejak dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada Mei 2020.

Sekretariat Wakaf Al-Quran WUIF, Hashim Anang berkata, jumlah tersebut melibatkan al-Quran yang telah disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan di hospital seluruh negara termasuk hospital swasta.

Menurutnya al-Quran berkenaan lengkap dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

"Selain petugas hospital pesakit dan pelawat juga boleh menggunakan al-Quran berkenaan.

"Kita turut menyumbang al-Quran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi kerajaan lain termasuk sekolah, universiti dan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 37 set naskhah al-Quran untuk digunakan di semua Pejabat Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) di sini pada Khamis.

Justeru, Hashim berharap orang ramai akan terus menyumbang dan mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Hadir sama Timbalan Penolong (Pembelajaran) JPNJ, Shahlon Abd Halim; Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan JPNJ, Lilis Saslinda Pornomo dan Timbalan Pengarah (Pembangunan Murid) JPNJ, Omar Salleh.

Hashim yang juga Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf itu berkata, World #QuranHour yang membawa Misi Surah al-Mulk akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei ini, pada jam 12 hingga 1 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung program tersebut yang dibawakan khas dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya melalui saluran Astro Oasis, TV Alhijrah dan Bernama TV serta platform digital Sinar Harian.

Untuk menyertai dan menganjur World #QuranHour pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei ini, sila daftar lokasi anda di http://bit.ly/HOTSPOT1442H.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/WorldQuranHour.