Sultan Kedah kurnia juadah berbuka puasa kepada masjid

Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan simbolik kurniaan kepada wakil penerima dari masjid terpilih di sekitar Kedah.
Sultan Sallehuddin berkenan menyempurnakan simbolik kurniaan kepada wakil penerima dari masjid terpilih di sekitar Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan majlis kurniaan juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada masjid terpilih sekitar Kedah.

Kurniaan itu bersempena sambutan hari keputeraan sebenar baginda yang akan disambut pada Jumaat.

“Baginda dan keluarga diraja telah berkenan untuk mengagihkan juadah berbuka puasa kepada lapan buah masjid, antaranya Masjid Sultan Badlishah di Kulim, Masjid Sultan Sallehuddin di Pendang dan Masjid Tengku Sarafudin di Padang Terap,” kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Tuanku Sultan Kedah pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, agihan tersebut akan diserahkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Pada majlis kurniaan tersebut, baginda berkenan menyempurnakan simbolik kurniaan kepada lapan wakil penerima.

Pada majlis sama, Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan kurniaan agihan zakat kepada tiga orang asnaf terpilih.

Baginda turut berkenan menyempurnakan pelancaran logo baharu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam usaha menjenamakan semula imej LZNK supaya lebih bercirikan korporat dan menyerlah sebagai institusi kewangan Islam berwibawa.

Turut berangkat, Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.