Rampas minyak masak seludup waktu berbuka

PGA Batalion 7 Kuantan merampas 680 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba
diseludup ke Thailand di Taman Rantau Baru Gual Nering, Gual Sitok, semasa umat Islam di negara ini sedang berbuka puasa pada Rabu.
PGA Batalion 7 Kuantan merampas 680 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand di Taman Rantau Baru Gual Nering, Gual Sitok, semasa umat Islam di negara ini sedang berbuka puasa pada Rabu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 680 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand di Taman Rantau Baru Gual Nering, Gual Sitok ketika umat Islam di negara ini sedang berbuka puasa pada Rabu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan jam 7.20 malam itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah van yang dipakir dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

"Kejayaan ini turut dipacu menerusi kerjasama utuh antara PGA dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk van dianggarkan berjumlah RM9,720.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati minyak masak bersubsidi itu dipercayai mahu diseludup ke negara jiran melalui lorong-lorong tikus yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Azhari berkata, bertindak atas maklumat berkait penyeludupan sepasukan anggota PGA dan KPDNHEP Kelantan digerakkan untuk membuat serbuan.

PGA Batalion 7 Kuantan tumpaskan aktiviti penyeludupan seluar jeans di pangkalan haram Pok Mat Lubok Gong, Rantau Panjang.
PGA Batalion 7 Kuantan tumpaskan aktiviti penyeludupan seluar jeans di pangkalan haram Pok Mat Lubok Gong, Rantau Panjang.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas van tersebut menjumpai beberapa kotak berwarna coklat dan bungkusan plastik warna merah mengandungi 680 paket minyak masak.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Azhari berkata, PGA Batalion 7 sekali lagi berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan seluar jeans di pangkalan haram Pok Mat Lubok Gong, di sini pada hari sama.

Menurutnya, rampasan jam 11 malam itu membabitkan 555 helai seluar jeans bernilai RM33,300.

"Sebuah kereta jenis Proton Waja turut dirampas dalam serbuan itu," katanya.