Undi 18 usaha iktiraf hak, kebolehan golongan muda: Wan Saiful

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan Undi 18 merupakan satu usaha untuk mengiktiraf hak dan kebolehan golongan muda dalam negara.

Menurut beliau, golongan muda mempunyai pemikiran politik yang berbeza, tidak terikat dengan 'baggage' atau bebanan sejarah yang menghantui ramai ahli politik lain dan juga tidak begitu terikat dengan afiliasi kepartian yang tetap.

"Semua ini akan menyumbang kepada pertimbangan yang rasional apabila membuat keputusan politik, lantas menghasilkan persaingan politik antara parti yang lebih baik dan lebih sihat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik kenyataan terkini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pelaksanaan Undi 18.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18 bakal dilaksanakan pada PRU15?

"Memang seharusnya sebarang kekangan terhadap pelaksanaan Undi 18 diselesaikan segera oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya kekal menyokong usaha-usaha kerajaan Perikatan Nasional dan keputusan terkini kabinet untuk melaksanakan Undi 18," katanya.

Artikel Berkaitan: