Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19

Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
Saifuddin Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada Rabu.

Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan lancar.

Sebelum ini, beberapa menteri dilapor disahkan positif Covid-19, antaranya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Artikel Berkaitan: