X

Kindly register in order to view this article
!

18 syarikat bayar zakat perniagaan RM11.4 juta

Hasni (dua dari kanan) menyerahkan replika cek kepada wakil PDRM Johor pada majlis berbuka puasa dan penyerahan zakat dari syarikat swasta, anak syarikat kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Saujana, Johor Bahru pada Rabu.
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima zakat perniagaan bagi tahun 2021 sebanyak RM11.4 juta daripada 18 syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri.

Zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pada satu majlis di kediaman rasminya di Saujana, di sini pada Rabu.

Penyerahan zakat didahului oleh Syarikat Rempah Mak Siti Product Sdn Bhd yang menyerahkan zakat sebanyak RM60,000 diikuti Nasuha Enterprise Sdn Bhd (RM100,000), TETO Engineering Sdn Bhd (RM100,000) dan Sime Darby Properties Berhad (RM100,000).

Syarikat lain yang turut membayar zakat perniagaan ialah Maybank Islamic Berhad, iaitu sebanyak RM209,519 dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) serta anak-anak syarikatnya sebanyak RM461,200.

Hadir sama, Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Johor (Juita) yang juga isteri Menteri Besar, Datin Fazlina Omar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Pada majlis itu turut diadakan pengagihan dividen Hari Raya Felcra 2021 kepada para pesertanya dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18.6 juta.

Selain itu penyerahan bantuan kepada penerima Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Negeri Johor (SPKR) dengan jumlah keseluruhan RM572,400 juga diadakan.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan oleh kerajaan negeri Johor kepada balu-balu anggota, anggota kurang upaya dan yang cedera bagi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!