Pendaftaran Johor IMMU Plan dibuka

Hasni pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan hari pertama suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Muafakat Taman Adda, Johor Bahru pada Khamis.
Hasni pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan hari pertama suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Muafakat Taman Adda, Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Rakyat Malaysia yang mendapat tawaran bekerja di Singapura boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan mengakses laman web Johor IMMU Plan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pendaftaran boleh dibuat melalui www.immuplan.my yang kini sudah beroperasi.

Katanya, pemohon yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan kemudian menerima notifikasi untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi aplikasi MySejahtera yang diintegrasikan bersama dengan laman web Johor IMMU Plan.

"Terdapat beberapa kriteria bagi permohonan vaksin di bawah Johor IMMU Plan, antaranya permit kerja di Singapura yang sah selain mempunyai surat tawaran kerja atau surat majikan di Singapura.

"Suntikan vaksin ini cukup penting dan merupakan syarat utama bagi kebenaran berulang-alik bekerja ke Singapura apabila sempadan dua negara dibuka kelak," katanya.

Pada 4 April lalu, kerajaan negeri mengumumkan satu laman web khas bagi pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibangunkan bagi rakyat Malaysia yang bekerja berulang-alik ke Singapura.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum ini bersetuju untuk memberikan vaksin kepada 100,000 individu yang layak menerusi laman web khas ini.

Artikel Berkaitan:

Ismail dan Samsiah menerima suntikan vaksin di Dewan Muafakat Tamab Adda, Johor Bahru pada Khamis.
Ismail dan Samsiah menerima suntikan vaksin di Dewan Muafakat Tamab Adda, Johor Bahru pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hari pertama suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Muafakat Taman Adda di sini pada Khamis.

Hadir sama Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu.

Dalam pada itu Hasni ketika diajukan soalan mengenai kebenaran kepada rakyat Malaysia di Singapura yang telah divaksin pulang ke negara ini, katanya perkara itu akan ditentukan menerusi perbincangan kedua-dua negara kelak.

Sementara itu, bagi pasangan suami isteri Ismail Adam, 62 dan Samsiah Ahmad, 62, dari Bandar Baru Uda bersyukur kerana menerima suntikan berkenaan selepas membuat pendaftaran pada Febuari lalu.

Ismail yang merupakan seorang pesara berkata, dia dan isteri mendaftar sendiri di aplikasi MySejahtera sebagai penerima vaksin.

"Tak rasa sakit ketika dicucuk, rasa biasa sahaja. Suntikan vaksin ini cukup penting dalam usaha mengatasi jangkitan Covid-19," katanya.