Sila log masuk terlebih dahulu.

Kekalkan dasar lama, bantu umat Islam tunai haji

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) terus mengekalkan dasar lama bagi peruntukan subsidi haji.

2. Pihak LTH mestilah memberikan hak subsidi berjumlah RM12,920 kepada pengiring dan perayu yang pertama kali menunaikan haji mengikut pakej muassasah.

3. Tidak adil bagi LTH menghapuskan subsidi bagi para pengiring dan perayu kerana ia sangat membebankan.

4. Walhal, mereka memenuhi kuota haji tahunan dan tidak menjejaskan peruntukan subsidi pada tahun berkenaan.

5. Jangan terus memangsakan rakyat dengan langkah penjimatan yang tidak relevan.

6. Berdasarkan kenyataan media LTH bertarikh 16 Februari 2019, PAS akui konsep istito’ah (kemampuan) bagi bakal haji sepertimana yang dimaksudkan, namun ia sesekali tidak boleh menjustifikasikan penghapusan subsidi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan sejak sekian lama.

Islam Memimpin

Sekian.

Artikel Berkaitan:

*NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat