X

Kindly register in order to view this article
!

12.7 juta benih ikan dilepaskan dalam tempoh 10 tahun

Abdullah (tiga, kiri) bersama ketua Kampung Kuala Mai, Zulkefli Ismail dan komuniti nelayan darat melepaskan 23,300 benih ikan Temoleh, Baung, Kerai dan Lampam Sungai ke perairan sungai Pahang. - Foto Ihsan Jabatan Perikanan Pahang
A
A

KUANTAN - Jabatan Perikanan Pahang sudah melepaskan sebanyak 12.7 juta benih pelbagai spesies ikan di perairan di negeri ini dalam tempoh 10 tahun sejak 2010.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, pelepasan benih dilakukan bagi menambah bekalan pelbagai spesies selain strategi menjamin bekalan makanan mencukupi.

"Apabila mencapai saiz besar (dewasa) ia menjadi sumber tangkapan nelayan darat (sungai) dan makanan penduduk khususnya di pedalaman yang bergantung kepada perikanan darat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, bagi tahun 2020, sebanyak sebanyak 573,830 benih ikan dan udang dilepaskan di perairan umum di Pahang sungai, tasik dan estet ikan.

Abdullah sebelum ini memaklumkan jabatan itu mengadakan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Sungai Pahang di Kampung Kuala Mai, Temerloh, pada Rabu.

Jelasnya, sebanyak 23,300 benih ikan Temoleh, Baung, Kerai dan Lampam Sungai telah dilepaskan ke perairan sungai tersebut.

Beliau berharap masyarakat dapat bersama menjaga dan melindungi sumber perikanan darat supaya kekal lestari.

"Kita tidak mahu masyarakat menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara destruktif seperti menggunakan racun atau tuba, peralatan elektrik dan bahan letupan.

"Kaedah itu merupakan kesalahan dalam Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) Pahang 1991. Pelaku boleh ditahan, dikompaun atau didakwa di mahkamah," tegasnya.

Untuk rekod, nilai pendaratan ikan perikanan darat (sungai) bagi negeri Pahang ialah kira-kira RM11.5 juta dengan pendaratan 787 tan metrik bagi tahun 2020 dan merupakan kedua tertinggi di Malaysia.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!