Muda gesa tarikh spesifik laksana Undi 18

Lim Wei Jiet
Lim Wei Jiet
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu memberi komitmen untuk melaksanakan Undi 18 pada atau sebelum Julai 2021.

Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Lim Wei Jiet berkata, tarikh tersebut yang dijanjikan kerajaan PN sebelum ini dan rakyat tidak seharusnya menerima tarikh lain selepas Julai 2021.

Menurutnya, beliau merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Khamis (hari ini) yang memaklumkan kabinet komited melaksanakan Undi 18 'dalam tempoh terdekat'.

"Pendirian ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican serta beberapa ahli kabinet lain yang menyokong pelaksanaan Undi 18.

"Bagaimanapun kenyataan ini masih tidak cukup baik kerana tiada komitmen dan jangka masa yang spesifik mengenai bila Undi 18 akan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18 bakal dilaksanakan pada PRU15?

Beliau menambah, jika Undi 18 berkuatkuasa pada Julai 2021, proses pendaftaran pengundi 18-20 tahun akan mengambil masa beberapa bulan selepas itu dan berkemungkinan tidak sempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

"Oleh itu, saya menyarankan kerajaan PN memberi komitmen spesifik untuk melaksanakan Undi 18 pada atau sebelum Julai 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: